Tuesday, March 30, 2010

ILMU WARISAN

Ilmu yang kami warisi ini adalah warisan Ilmu daripada wali /pendekar zaman silam dari Tanah Melayu,Sumatera dan Jawa Tengah.Jika Datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman,Panglima Mat Salleh boleh hebat dalam pertempuran kerana ilmu masing masing kenapa tidak kita?
Mereka insan kita juga insan dari kejadian yang sama, yang penting belajar rahsianya,tahulah kita.Jangan merasa dengki atau hairan, kalau orang lain boleh bersilat secara tiba tiba dan memiliki berbagai kelebihan dalam alam kependekaran.Jangan suka menuduh ,mengata orang tak betul,Cermin diri dulu secara mendalam Tengok kerangka anda besar atau kecil,tahu dimana anda dan apa cara kesudahan hidup anda nanti! Baiki diri sendiri baru baiki orang lain.Wallahualam........
Tujuan kami hanyalah untuk mendidik anak bangsa supaya mengenali,mengamalkan Ilmu dan rahsia pendekar tua ..Kami tidak handal dan yang hebat cuma Allah S.W.T.Kami mengamalkam ilmu TAUHID & bertawakal kepada Allah S.W.T. berusaha dengan ilmu kependekaran Melayu untuk menyelamatkan diri jika diceroboh atau diserang.Ilmu kami tidak guna tangkal ,jin dan lain lain benda tahyul yang menyesatkan.Tidak percaya,silalah datang berjumpa kami untuk dibuktikan segala apa yang diperkatakan.Kalau Nurul Syuhada pengacara Majalah 3 boleh berjumpa kami di Kelantan dengan sekali call sahaja,apatah lagi anda...!
Sebagai Pendekar Melayu yang bermaruah tidak sekali-kali bermain dengan kata kata atau tulisan,apa yang dikata itulah yang dikota.Sebagai pendekar Melayu kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar,takut kerana salah,dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.Taat kepada Allah S.W.T dan Rasul,Raja serta tunduk kepada pemerintah.Adat bersendikan syarak kami hayati,Itulah tatacara hidup kami pendekar Melayu
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA

0 comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster