Tuesday, April 20, 2010

GURU UTAMA YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALM .TKS. DATOK DR AZAM AL QADIRY

Profil Y.T.M YDPB Datuk Panji Alam
PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977. Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri. PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

PRODUK DARI KALAM ILLAHI GABUNGAN SAINS KEROHANIAN ISLAM DAN FIZIK AL-QURAN - PENEMUAN DATOK DR ANAS





PRODUK PATI TENAGA GELOMBANG DAN BACAAN AL QUR'AN 100 PERATUS -MADANIAH GROUP OF COMPANIES (GM MEMBERS)
CEO MADANIAH DATOK DR ANAS
Orang Besar Berempat Beradat Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM
Datok Orang Kaya Setia Nila Utama

MUSLIMAH
Menaikan seri wajah /mencantikkan tubuh badan/menyelesaikan masaalah berkaitan kesihatan wanita termasuk
haidh,keputihan,sengugut dan ikhtiar dapatkan zuriat,sesuai untuk ibu mengandung serta mengikat kasih sayang suami
Harga WM RM 21.00
EM RM 27.00

YASYFIN
sebagai ikhtiar masaalah kesihatan zahir dan batin
kelebihan;
Menyelesaikan masaalah penyakit biasa berpunca dari masaalah darah,saraf,tulang ,sendi dan kulit.
Harga ; WM RM 21.00
EM RM 27.00

QALBUN
Ikhtiar penerang hati,lembut hati
dan kuat semangat
kelebihan;
sebagai ikhtiar untuk penerang hati,lembut hati,kuat semangat,selesaikan masaalah trauma ,mudah takut,pemalu ,pendiam,mudah
menangis,gelisah,kuat ingatan dan kecerdikan
Harga; WM RM21.00
EM RM27.00 120 ML

PEMUSNAH SIHIR
Ikhtiar untuk masaalah sihir,santau,ganguan halunisasi dan misteri
kelebihan;
Sesuai untuk segala jenis penyakit yang kronik dan yang berpunca daripada masaalah
sihir,santau dan gangguan jin
Harga; WM RM 49.00
EM RM55.00 120ml

AL-HAFIZ SPRAY
Sebagai ikhtiar untuk keselamatan dan perlindungan.
kelebihan;
untuk keselamatan diri sendiri,rumah,kedai,
kenderaan,hartabenda,histeria,/mengelak gangguan jin /syaitan
Harga; WM RM29.00
EM RM 27.00

HAJATI
Sebagai ikhtiar hajat
zahir dan batin.
kelebihan;
berbagai hajat spt
lulus periksa ,rezeki,
mutu kerja dll.
Harga WM RM 21.00
EM RM27.00

AINUN
masaalah mata,hidung
dan telinga
kelebihan;
segala masaalah berkaitan mata ,selaput,rabun ,buta,rasa sakit dan telinga berdesing@pekak
Harga; WM RM13.00
EM RM19.00

Dapatkan pati tenaga 30 juz Al Qur"an untuk

merungkai segala halangan /masaalah/mendapat hajat besar

1 botol 120ml rm60.00 (semenanjung)

rm 66.00 (sabah/serawak)

Monday, April 19, 2010

MENDIDIK ROH BATIN



Inilah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita ini, barulah akan berlaku seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Terjemahannya: Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya.



Untuk meningkat ke darjat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa sahaja boleh berjaya kalau dapat memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya ialah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan. Allah berfirman:

Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)

Antara nafsu yang mesti diperangi ialah sifat mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudukan dan kehormatan diri. Itu semua ialah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapat hakikat (amalan batin) juga sebagai hijab yang menghalang kita dari mendapat sifat kerohanian sebab ia merasakan diri sebagai tuan. Supaya diyakini, di sini ada satu kisah benar pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:
Satu hari datang pada Yazid Bustami seorang temannya untuk mengadu: “Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan batin seperti yang engkau ceritakan.”
Yazid Bustami pun memintas, “Kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya.”
“Kenapa?” Tanya temannya. Jawab Yazid, “Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah.”
Teman itu lantas bertanya, “Katakanlah pada ku apakah ubatnya?”
“Ada ubatnya,” kata Yazid, “tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya. "
Setelah dipaksa oleh temannya Yazid pun berkata:
“Pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, laungkanlah begini: “setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan dapat sebiji kenari! " Selanjutnya pergilah ke tempat persidangan kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka: “Selamatkanlah jiwaku.”
Teman itu berkata, “Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain.”
Yazid berkata, “Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi.”
Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau (Yazid) perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan kadi dan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi pada Yazid tiada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti. Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi kepada siapa sahaja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu itu tidak dapat dipatahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Dan kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik ke dalam hati yang kotor. Sebab benda yang berharga Allah akan letak di tempat yang mulia.



Roh umpama wadah. Kalau ia kotor taufik tidak akan masuk. Kalau tiada taufik, roh kita akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi. Dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah. Firman Allah:

Terjmahannya: Hari Qiamat ialah hari di mana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera. (Asy-Syuara’: 88-89)

Amalan lahir seperti sembahyang, puasa, walaupun dilakukan sepanjang hari dan setiap malam sembahyang tahajjud (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain, tidak akan dapat menjamin selamatnya hati. Apa yang menjamin selamatnya hati ialah mujahadatunnafsi. Inilah amalan batin yang wajib kita lakukan.

Suatu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, beristeri ramai itu tidak menafikan zuhud. Salah seorang muridnya yang mengetaui bahawa gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya:
“Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak berkahwin? Bukankah menyalahi sunnah?”
Bisyulhafi pun menjawab, “Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu yang belum selesai iaitu mujahadatunnafsi.” Begitu pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah rehat memerhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, supaya nafsu dan syaitan itu sentiasa dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT. Dan kita, kalau mahu berjumpa Allah dengan selamat, itulah juga jalannya. Tanpa jalan ini, kita dapat juga berjumpa Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah.



Jalan keselamatan itu ialah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit hati ini ialah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin yang saya bahagikan kepada dua iaitu:

1. Penyakit hati terhadap Allah. 2. Penyakit hati terhadap manusia.
Antara penyakit hati terhadap Allah:
1. Tidak khusyuk beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3.Tidak yakin dengan Allah
4.Tidak ikhlas dengan Allah
5.Tidak takut pada ancaman Allah
6.Tidak harap pada rahmat Allah
7.Tidak redha akan takdir Allah
8.Tidak puas dengan pemberian Allah
9.Tidak sabar atas ujian Allah
10.Tidak syukur atas nikmat Allah
11 Tidak terasa diawasi Allah
12.Tidak terasa hebatnya Allah
13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14.Tidak tawakal pada Allah
15.Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
16. Gila dunia, buang masa dengan sia-sia
17.Penakut (takut pada selain Allah)
18.Ujub Riak Gila puji dan kemasyhuran

Manakala penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia:
1.Benci membenci
2.Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan
3.rasa sedih kalau dia berjaya Mendoakan kejatuhannya
4.Tidak mahu minta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya
5.Hasad dengki Dendam
6.Bakhil Buruk sangka
7.Tidak bertolak ansur
8.Tidak bertimbang rasa
9.Tidak tolong-menolong
10.Degil dan keras hati
11.Mementingkan diri sendiri
12.Sombong
13.Tidak sabar dengan ragam manusia
14.Memandang hina kepada seseorang
15.Riak
16.Ujub
17.Rasa diri bersih
18.Tamak

PANTUN HANG TUAH DAN RAKAN-RAKAN

Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun berpantun:

Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak Raja Melaka.
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.

Maka Laksamana Hang Tuah pun berpantun:

Lokan melata di perahu,
Belah balang bercendawan.
Bukan aku tiada tahu,
Akulah hulubalang minta lawan.

Maka Hang Kasturi pun berpantun:

Gajah lekir kuda beraksa,
Di mana kuhempaskan
Sama lebur sama binasa.
Orang kaya dimanakan aku tumangkan.

Maka Hang Lekir pun berpantun:

Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara.
Adakah bisai tahu takut!
Kami pun muda lagi perkasa.

Maka Hang Lekiu pun berpantun:

Ambil galah kaitkan jantung.
Ciak banyak makan di jalan.
Pada Allah tempat bergantung.
Datang tombak kita melawan.

Friday, April 16, 2010

TANAH BERDAULAT PANTANG DERHAKA

Lembaran sulung catatan tanah ini
terpalit tinta murka
setelah sekian lama terpendam
di dasar tepu hanyir teluk dan sungainya.

Tanah pahlawan ini
telah lama berdaulat
dengan perut bumi yang berkilau perak
menjadi sinar menyuluh hidup
menyubur muafakat anak cucu
berpayung di bawah suci mahkota
tidak pernah terbadai taat setianya.

Meluap darah damai
menimbang sabar tanah ini
waktu kau mengalun sumbang
sembah derhaka.

Apa lagi mahumu
kaumenuding tersalah arah
tangan dijerut bersilang punca
bila kau lelah tidak berdaya
halkum membengkak bernanah
bila kau diam tidak bersuara
yang menggapai hanya tangan longlai
dalam selut pekat bernoda
yang sayup hanya lolong kalut
di sebalik tabir pusaka tua
namun kau masih gagahi juga
berpaut kejap pada selusur reput
menanti perahu kertas penderhaka
tanpa pendayung setia
pasti perahu tersasar hala.

Seluruh isi bumi bertuah ini
teluk, tanah dan sungainya
menjunjung daulat, pantang derhaka
sekali terlanjur selamanya murka
termakan sumpah, sepanjang hayat tulahnya.

Thursday, April 15, 2010

PERTANYAAN KEPADA BANGSA

Bagaimana hendak
memartabatkan bangsa
andai bahasa tidak bertempat?
Bagaimana hendak
memperkasakan bangsa
andai bahasa tidak dipelihara?

Bagaimana hendak
mendaulatkan bangsa
andai bahasa terus dikhianati?

Bagaimana hendak
menggagahkan bangsa
andai bahasa kian lemah?

Bagaimana hendak
mengagungkan bangsa
andai bahasa tidak disanjung?

Bagaimana hendak
menggemilangkan bangsa
andai bahasa tidak dijulang?

MENCARI KEBENARAN ADALAH WAJIB

Mencari Kebenaran Adalah Wajib
Mencari kebenaran adalah wajib Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi Kebenaran itu hanya satuTidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya ... Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah yang menjadikan manusia Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah Jika di dalam laut, selamlah Sekiranya di dalam bumi, galilah Kalau didapati di dalam hutan, terokalah Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis Di dalam perjalanannya terseksa, tapi kesudahannya bahagia Jika kebenaran sudah didapati pertahankanlah bermati-matian Dengan harta, tenaga dan jiwa Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas sekalipun panas
 

Design by Amanda @ Blogger Buster