Sunday, March 28, 2010

GAYONG MAARIFAT GROUP OF COMPANIES

PENGENALAN

Gayong Maarifat Group of Companies merupakan gabungan kumpulan anak syarikat Gayong Maarifat. Syarikat - syarikat tersebut adalah Pusat Rawatan Panji Alam Sendirian Berhad ( PRPASB ) dan GMsue Resources Network Sendirian Berhad ( GMsue ) dan 10 syarikat lain yang masih dalam proses penubuhan.

Matlamat utamanya adalah untuk membangunkan ekonomi kaum bumiputera khususnya masyarakat Islam di Malaysia sambil menerapkan keyakinan dalam diri setiap individu supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan berdaya dengan bangsa - bangsa lain di Malaysia dan di peringkat global.

Adalah menjadi keutamaan bagi Gayong Maarifat Group of Companies ( GMGoC ) untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W melaui cara memperjuangkan ekonomi Islam.

  • GMsue Resources Healthcare Sdn. Bhd. - Pusat penjagaan kesihatan bagi warga tua, Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu yang menghidap penyakit kronik yang memerlukan rawatan intensif seperti penyakit Diabetis, HIV dan sebagainya.
  • GMsue Resources Laboratories & Pharmacuetical Sdn. Bhd. - Makmal kajian bagi tujuan menghasilkan produk - produk perubatan berasaskan herba & kaedah perubatan tradisional bagi memenuhi keperluan domestik dan pasaran antarabangsa.
  • GMsue Resources Transport Sdn. Bhd. - Syarikat pengangkutan yang menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih selesa berbanding sistem pengangkutan awam konvensional.
  • GMsue Resources Entertainment & Production Sdn. Bhd. - Melatih individu - individu yang berbakat menjadi penghibur dalam industri nasyid dan hiburan lain yang lebih berbentuk Islamik.
  • GMsue Resources Travel Agency Sdn. Bhd. - Menyediakan kemudahan kursus dan pengurusan jemaah haji & umrah ke Mekah dan Madinah serta lawatan ke negara - negara Islam.
  • GMsue Resources Bina Sdn. Bhd. - Terlibat dalam projek - projek pembinaan bangunan, lebuhraya di dalam dan luar negara.
  • GMsue Resources Network Sdn. Bhd. - Memasarkan produk - produk yang dihasilkan oleh syarikat - syarikat yang bernaung di bawah Gayong Maarifat Group of Companies.
  • Rangkaian Pusat Rawatan Panji Alam - Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan terapi melalui kaedah rawatan tradisional Islam bagi semua golongan masyarakat dan agama di Malaysia mahu pun luar negara.
  • GMsue Resources Manufacturing Sdn. Bhd. - Menjalankan aktiviti pengilangan produk alat ganti kenderaan, pemasangan kenderaan serta produk elektrik dan elektronik.
  • GMsue Resources Ternak & Tani Sdn. Bhd. - Menghasilkan produk berasaskan pertanian bagi menampung keperluan sumber makanan negara yang semakin meningkat.
  • Rangkaian GM 25 Hour Shop - Sebuah kedai serbaneka 24 jam yang bertujuan memasarkan produk makanan halal dan produk dari syarikat muslim yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
  • GMsue Resources Pharmacy Sdn. Bhd. - Memasarkan produk kesihatan yang dihasilkan oleh GMsue Resources Laboratories Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster