Friday, April 2, 2010

KOPERASI GAYONG MAARIFAT MALAYSIA BERHAD

Koperasi Ma'arifah ( Koperasi Gayong Maarifat Malaysia Berhad )

koperasi1

PENGENALAN

Di atas kesedaran perlunya menjalankan prinsip kerjasama yang
disarankan oleh Al-Quran - "Dan tolong menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong
dalam berbuat dosa dan permusuhan" (Al-Maidah:2)

Koperasi Gayong Ma’arifat Malaysia Berhad @ Koperasi Ma’arifah mengajak umat Islam di Malaysiakhasnya ahli-ahli Persatuan Seni Silat Gayong
Ma’arifat Malaysia, untuk turut serta memberikan sumbanganmelalui wadah Koperasi bagi menjayakan visi dan misi ke arah penghayatan sistem kewangan dan perniagaan Islam yang di berkati.

Koperasi Gayong Ma’arifah Malaysia Berhad @ Koperasi Ma’arifah
di tubuhkan pada awal tahun 2006, diilham oleh pengasas Persatuan Seni
Silat Gayong Ma’arifat Malaysia sendiri iaitu Guru Utamanya, YTM
(TKS) Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, setelah YTM sedar perlunya
ada sebuah badan untuk menyalurkan sumber ekonomi yang konsisten
serta dari sumber yang pelbagai kepada ahli-ahlinya (Persatuan &
Koperasi).

KEISTIMEWAAN MENJADI ANGGOTA

  • Membangun dan menegakkan sistem ekonomi (muamalat) Islam adalah
    tanggungjawab semua orang Islam lelaki dan perempuan
  • Membangun ekonomi ummah adalah lebih berkesan dan menjamin
    kejayaan jika melalui jemaah dan prinsip kerjasama (taa'wun)
  • Dapat mengelakkan ahli dan orang Islam dari terus terlibat atau
    bersyubahat dalam amalan riba'.
  • Dapat menyalurkan sumbangan wang dan harta daripada ahli dan
    orang Islam untuk kegunaan pada jalan Allah dan kemaslahatan ummah
  • Dapat membantu saudara-saudara Islam yang memerlukan pertolongan
    dan pembelaan.
  • Mencarum seringgit sehari dalam koperasi akan menjadi batu asas
    kepada pembangunan ekonomi ummah dan meluaskan bidang
    urusniaga yang halal.

SYARAT - SYARAT KEANGGOTAAN

Keanggotaan Koperasi Ma’arifah atau Koperasi Gayong Maarifat Malaysia
adalah dibuka kepada semua orang Islam :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Keutamaan kepada ahli Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia

Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu (bukan daripada ahli Persatuan Seni Silat
Gayong Ma’arifat Malaysia).

DOKUMEN & FEE PENDAFTARAN MENJADI ANGGOTA

  • Untuk menjadi anggota Koperasi Gayong Ma’arifat Malaysia Berhad
    sila isi borang Pendaftaran dan hantarkannya ke Pejabat Koperasi
  • Pusat bersama-sama dokumen tersebut
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Slip Gaji Terakhir

Bayaran Fee Masuk sebanyak RM25.00 sahaja (Wang Pos/Cek Berpalang
atas nama KOPERASI GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA BERHAD,
pihak koperasi tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan pembayaran
dengan wang tunai).

Pusat Pentadbiran atau Pejabat Urusan Koperasi Ma’arifah @ Koperasi
Gayong Ma’arifat Malaysia berhad

Koperasi Ma’arifah
Koperasi Gayong Ma’arifat Malaysia Berhad
49, Jalan SM3,
Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

0 comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster