Tuesday, April 20, 2010
GURU UTAMA YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALM .TKS. DATOK DR AZAM AL QADIRY
PRODUK DARI KALAM ILLAHI GABUNGAN SAINS KEROHANIAN ISLAM DAN FIZIK AL-QURAN - PENEMUAN DATOK DR ANAS
PRODUK PATI TENAGA GELOMBANG DAN BACAAN AL QUR'AN 100 PERATUS -MADANIAH GROUP OF COMPANIES (GM MEMBERS)
CEO MADANIAH DATOK DR ANAS
Orang Besar Berempat Beradat Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM
Datok Orang Kaya Setia Nila Utama
MUSLIMAH
Menaikan seri wajah /mencantikkan tubuh badan/menyelesaikan masaalah berkaitan kesihatan wanita termasuk haidh,keputihan,sengugut dan ikhtiar dapatkan zuriat,sesuai untuk ibu mengandung serta mengikat kasih sayang suami
Harga WM RM 21.00
EM RM 27.00
YASYFIN
sebagai ikhtiar masaalah kesihatan zahir dan batin
kelebihan;
Menyelesaikan masaalah penyakit biasa berpunca dari masaalah darah,saraf,tulang ,sendi dan kulit.
Harga ; WM RM 21.00
EM RM 27.00
QALBUN
Ikhtiar penerang hati,lembut hati dan kuat semangat
kelebihan;
sebagai ikhtiar untuk penerang hati,lembut hati,kuat semangat,selesaikan masaalah trauma ,mudah takut,pemalu ,pendiam,mudah menangis,gelisah,kuat ingatan dan kecerdikan
Harga; WM RM21.00
EM RM27.00 120 ML
PEMUSNAH SIHIR
Ikhtiar untuk masaalah sihir,santau,ganguan halunisasi dan misteri
kelebihan;
Sesuai untuk segala jenis penyakit yang kronik dan yang berpunca daripada masaalah
sihir,santau dan gangguan jin
Harga; WM RM 49.00
EM RM55.00 120ml
AL-HAFIZ SPRAY
Sebagai ikhtiar untuk keselamatan dan perlindungan.
kelebihan;
untuk keselamatan diri sendiri,rumah,kedai,
kenderaan,hartabenda,histeria,/mengelak gangguan jin /syaitan
Harga; WM RM29.00
EM RM 27.00
HAJATI
Sebagai ikhtiar hajat
zahir dan batin.
kelebihan;
berbagai hajat spt
lulus periksa ,rezeki,
mutu kerja dll.
Harga WM RM 21.00
EM RM27.00
AINUN
masaalah mata,hidung
dan telinga
kelebihan;
segala masaalah berkaitan mata ,selaput,rabun ,buta,rasa sakit dan telinga berdesing@pekak
Harga; WM RM13.00
EM RM19.00
Dapatkan pati tenaga 30 juz Al Qur"an untuk
merungkai segala halangan /masaalah/mendapat hajat besar
1 botol 120ml rm60.00 (semenanjung)
rm 66.00 (sabah/serawak)
Monday, April 19, 2010
MENDIDIK ROH BATIN
Inilah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita ini, barulah akan berlaku seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya.
Untuk meningkat ke darjat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa sahaja boleh berjaya kalau dapat memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya ialah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan. Allah berfirman:
Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)
Antara nafsu yang mesti diperangi ialah sifat mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudukan dan kehormatan diri. Itu semua ialah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapat hakikat (amalan batin) juga sebagai hijab yang menghalang kita dari mendapat sifat kerohanian sebab ia merasakan diri sebagai tuan. Supaya diyakini, di sini ada satu kisah benar pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:
Satu hari datang pada Yazid Bustami seorang temannya untuk mengadu: “Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan batin seperti yang engkau ceritakan.”
Yazid Bustami pun memintas, “Kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya.”
“Kenapa?” Tanya temannya. Jawab Yazid, “Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah.”
Teman itu lantas bertanya, “Katakanlah pada ku apakah ubatnya?”
“Ada ubatnya,” kata Yazid, “tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya. "
Setelah dipaksa oleh temannya Yazid pun berkata:
“Pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, laungkanlah begini: “setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan dapat sebiji kenari! " Selanjutnya pergilah ke tempat persidangan kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka: “Selamatkanlah jiwaku.”
Teman itu berkata, “Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain.”
Yazid berkata, “Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi.”
Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau (Yazid) perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan kadi dan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi pada Yazid tiada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti. Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi kepada siapa sahaja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu itu tidak dapat dipatahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Dan kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik ke dalam hati yang kotor. Sebab benda yang berharga Allah akan letak di tempat yang mulia.
Roh umpama wadah. Kalau ia kotor taufik tidak akan masuk. Kalau tiada taufik, roh kita akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi. Dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah. Firman Allah:
Terjmahannya: Hari Qiamat ialah hari di mana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera. (Asy-Syuara’: 88-89)
Amalan lahir seperti sembahyang, puasa, walaupun dilakukan sepanjang hari dan setiap malam sembahyang tahajjud (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain, tidak akan dapat menjamin selamatnya hati. Apa yang menjamin selamatnya hati ialah mujahadatunnafsi. Inilah amalan batin yang wajib kita lakukan.
Suatu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, beristeri ramai itu tidak menafikan zuhud. Salah seorang muridnya yang mengetaui bahawa gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya:
“Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak berkahwin? Bukankah menyalahi sunnah?”
Bisyulhafi pun menjawab, “Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu yang belum selesai iaitu mujahadatunnafsi.” Begitu pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah rehat memerhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, supaya nafsu dan syaitan itu sentiasa dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT. Dan kita, kalau mahu berjumpa Allah dengan selamat, itulah juga jalannya. Tanpa jalan ini, kita dapat juga berjumpa Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah.
Jalan keselamatan itu ialah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit hati ini ialah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin yang saya bahagikan kepada dua iaitu:
1. Penyakit hati terhadap Allah. 2. Penyakit hati terhadap manusia.
Antara penyakit hati terhadap Allah:
1. Tidak khusyuk beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3.Tidak yakin dengan Allah
4.Tidak ikhlas dengan Allah
5.Tidak takut pada ancaman Allah
6.Tidak harap pada rahmat Allah
7.Tidak redha akan takdir Allah
8.Tidak puas dengan pemberian Allah
9.Tidak sabar atas ujian Allah
10.Tidak syukur atas nikmat Allah
11 Tidak terasa diawasi Allah
12.Tidak terasa hebatnya Allah
13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14.Tidak tawakal pada Allah
15.Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
16. Gila dunia, buang masa dengan sia-sia
17.Penakut (takut pada selain Allah)
18.Ujub Riak Gila puji dan kemasyhuran
Manakala penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia:
1.Benci membenci
2.Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan
3.rasa sedih kalau dia berjaya Mendoakan kejatuhannya
4.Tidak mahu minta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya
5.Hasad dengki Dendam
6.Bakhil Buruk sangka
7.Tidak bertolak ansur
8.Tidak bertimbang rasa
9.Tidak tolong-menolong
10.Degil dan keras hati
11.Mementingkan diri sendiri
12.Sombong
13.Tidak sabar dengan ragam manusia
14.Memandang hina kepada seseorang
15.Riak
16.Ujub
17.Rasa diri bersih
18.Tamak
PANTUN HANG TUAH DAN RAKAN-RAKAN
Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun berpantun:
Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak Raja Melaka.
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.
Maka Laksamana Hang Tuah pun berpantun:
Lokan melata di perahu,
Belah balang bercendawan.
Bukan aku tiada tahu,
Akulah hulubalang minta lawan.
Maka Hang Kasturi pun berpantun:
Gajah lekir kuda beraksa,
Di mana kuhempaskan
Sama lebur sama binasa.
Orang kaya dimanakan aku tumangkan.
Maka Hang Lekir pun berpantun:
Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara.
Adakah bisai tahu takut!
Kami pun muda lagi perkasa.
Maka Hang Lekiu pun berpantun:
Ambil galah kaitkan jantung.
Ciak banyak makan di jalan.
Pada Allah tempat bergantung.
Datang tombak kita melawan.
Friday, April 16, 2010
TANAH BERDAULAT PANTANG DERHAKA
terpalit tinta murka
setelah sekian lama terpendam
di dasar tepu hanyir teluk dan sungainya.
Tanah pahlawan ini
telah lama berdaulat
dengan perut bumi yang berkilau perak
menjadi sinar menyuluh hidup
menyubur muafakat anak cucu
berpayung di bawah suci mahkota
tidak pernah terbadai taat setianya.
Meluap darah damai
menimbang sabar tanah ini
waktu kau mengalun sumbang
sembah derhaka.
Apa lagi mahumu
kaumenuding tersalah arah
tangan dijerut bersilang punca
bila kau lelah tidak berdaya
halkum membengkak bernanah
bila kau diam tidak bersuara
yang menggapai hanya tangan longlai
dalam selut pekat bernoda
yang sayup hanya lolong kalut
di sebalik tabir pusaka tua
namun kau masih gagahi juga
berpaut kejap pada selusur reput
menanti perahu kertas penderhaka
tanpa pendayung setia
pasti perahu tersasar hala.
Seluruh isi bumi bertuah ini
teluk, tanah dan sungainya
menjunjung daulat, pantang derhaka
sekali terlanjur selamanya murka
termakan sumpah, sepanjang hayat tulahnya.
Thursday, April 15, 2010
PERTANYAAN KEPADA BANGSA
memartabatkan bangsa
andai bahasa tidak bertempat?
Bagaimana hendak
memperkasakan bangsa
andai bahasa tidak dipelihara?
Bagaimana hendak
mendaulatkan bangsa
andai bahasa terus dikhianati?
Bagaimana hendak
menggagahkan bangsa
andai bahasa kian lemah?
Bagaimana hendak
mengagungkan bangsa
andai bahasa tidak disanjung?
Bagaimana hendak
menggemilangkan bangsa
andai bahasa tidak dijulang?
MENCARI KEBENARAN ADALAH WAJIB
Mencari kebenaran adalah wajib Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi Kebenaran itu hanya satuTidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya ... Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah yang menjadikan manusia Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah Jika di dalam laut, selamlah Sekiranya di dalam bumi, galilah Kalau didapati di dalam hutan, terokalah Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis Di dalam perjalanannya terseksa, tapi kesudahannya bahagia Jika kebenaran sudah didapati pertahankanlah bermati-matian Dengan harta, tenaga dan jiwa Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas sekalipun panas
Sunday, April 11, 2010
RAHSIA PERMAINAN
Rahsia permainan dabus didedahkan oleh PSSGMM bukan
untuk tujuan riak atau takbur.
Ia juga bukan untuk mendabik dada PSSGMM silat terbaik di Malaysia.Tujuan sebenar adalah untuk mendedahkan rahsia atau teknik para ulama dan pendekar zaman silam mengolah tenaga rohaniah mereka tanpa bantuan jin,syaitan,tangkal dalam berhadapan perkara perkara yang membahayakan nyawa seperti dirompak,diugut,diserang senjata tajam dan lain lain.
Memiliki iman yang pasti tidak gentar dengan makhluk contoh api sebab di akhir akhir ini ramai yang mengaku hebat dengan ilmunya .Ada tu berapi api bercerita kebesaran dan kekuasaan Tuhan tapi hakikatnya kerisauan mereka terserlah apabila diuji.Bila disergah aje dah kecut perut.Contoh mudah seorang askar bila dah habis peluru mungkin terpaksa menyerah tetapi bagi askar yang beriman dengan pasti kepada Allah S.W.T akan terus berperang biar pun pelurunya habis,dia akan berjuang habis habisan kerana dia yakin pertolongan Tuhan ,peluru,bom, tak dipeduli bila iman sudah tertunjam didada bukan dilidah.Tepuk dada tanya iman.......ALLAHUAKBAR
PENDEKAR DAN SRIKANDI TERUSKANLAH BERJUANG
PENDEKAR DAN SERIKANDI TERUSKANLAH BERJUANG,USAH GENTAR CABARAN DAN UJIAN ,BERSATU KITA TEGOH BERCERAI KITA ROBOH,JANGAN BIARKAN BUDAYA NEGATIF MELANDA KITA,KITA BERSATU SEMUA MENENTANG SEGALA ANGKARA.
Ingat pesan GURU "Wahai murid muridku,Beramallah dengan tekun dan gunakanlah ilmu ini diatas jalan kebaikan semoga kita mendapat Restu dan Naungan Allah s.w.t.Baikilah akhlakmu,bicaramu,hatimu,nafsumu,ibadahmu dan hubungan dengan Allah s.w.t.Buangkanlah segala sifat tercela dan jadikanlah sifat mahmudah(suka kepada kebaikan )sebagai perhiasn hidupmu.Jangan bertindak menurut perasaan ,berfikirlah dan rujuk kepada
Gerak sebagai panduan Insya Allah selamat"Ya Allah ,berkatilah usaha kami yang hina ini,
Jadikanlah usaha kami ini sebagai jaminan kasih sayang dan rahmatMU terhadap kami dan kedua ibu bapa kami serta ahli keluarga kami dan rakan rakan seperjuangan kami Dunia dan Akhirat" 24 sya'ban 1426
Friday, April 9, 2010
TENTERA TUHAN BERTINDAK
Mereka lupa bahawa Tuhan yang mengurniakan kepandaian itu,
tetapi terang-terangan mereka melupakan Tuhan,
Orang yang melupakan Tuhan sebenarnya telah menjadikan diri mereka ‘tuhan’ walau tidak dilafazkan
Maka Tuhan sedang mengisytiharkan PERANG kepada manusia yang pandai tetapi lupa Tuhan ini..
Tuhan hantarkan tentera ANGIN untuk memusnahkan
Tuhan hantar tentera AIR untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera GEMPA untuk menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat HALUS yang dikatakan KUMAN
Tentera KUMAN ini lebih memusnahkan mereka yang melupakan Tuhan
Tentera ini tidak memusnahkan bangunan tetapi memusnahkan INSAN
Melalui tentera2 KUMAN ini lahirlah penyakit2 AIDs, SARs, diabetis, kanser, HFMD, H1N1 dan lain-lain.. yang menakutkan dan boleh mematikan…
Datang lagi tentera2 Tuhan melalui BURUNG & UNGGAS ‘ Selsema burung’ namanya… yang sangat menakutkan
Tuhan arahkan tentera NYAMUK untuk memusnahkan manusia penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban..
Dimanakah kepandaian manusia hendak melawan kepandaian Tuhan?
Dimanakah kekuasaan manusia hendak melawan kekuasaan Tuhan?
Tentera2 ini menyerang tidak mengenal bangsa… Bangsa sekuat Amerika turut diserang.. tentera Tuhan yang ini mereka tak dapat melawan,
Setiap hari manusia yang pandai2 ini pening memikirkan cara berhadapan dengan tentera Tuhan
Manusia dalam ketakutan
Berbagai2 bentuk dan rupa tentera Tuhan menyerang
Tetapi manusia belum lagi insaf dan menyerah surrender kepada Tuhan mereka mencari berbagai2 jalan untuk mengatasi serangan Tuhan
Semakin mereka mencari jalan untuk mengatasi, Semakin galaklah tentera Tuhan terus menyerang…
Dihantar berbagai2 jenis tentera yang tidak dapat dihalang…
Hingga zahirlah Imamul Mahdi Baqiyatullah orang simpanan Tuhan utk akhir zaman
Barulah Tuhan meredakan setiap insan...
Minda Mujaddid
API
Pengajaran Daripada Api
Api itu banyak gunanyaApi diguna untuk memasak, api diguna untuk membakar, dan berbagai lagi
Tapi orang tua-tua selalu berpesan
Berhati-hati dengan api
Kecilnya kawan, besar boleh menjadi lawan
Itu sebab pada anak-anak kecil
Mak ayah selalu mengingatkan, jangan main api
Api itu sifatnya membakar, bila ia marak, ia tidak kenal kawan atau lawan
Khusus untuk api yang besar, ada pasukan bomba ditugaskan memadamnya
Dengan api, manusia berjaga tapi kadangkala terleka juga
Bila api besar dan marak, ia mengganas tanpa simpati
Benarlah api itu tentera Tuhan
Tuhan hantar api sebagai pengajaran
Terjadinya kebakaran, untuk ingatan sesama insan
Supaya manusia kembali kepada Tuhan
Ada juga pesanan alim ulamak, bila nampak api besar, maka laungkan azan
Moga-moga azan itu dapat memadam api
Hakikatnya ia daripada Tuhan
Tuhan nak tunjuk kekuasaanNya
Biar manusia itu insaf dengan ujian yang datang
Moga-moga mereka kenal dan faham sifat serta peranan Tuhan
Api lawannya air, kerana air boleh memadam api
Air juga tentera Tuhan, air itu menyejukkan api
Pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim
Dilontar ke dalam api yang besar, Nabi Ibrahim tidak terjejas
Bahkan ada burung yang mahu membantu
Lalu diambilnya air dengan paruhnya, moga-moga inilah sahamku
Membantu memadamkan api
Yang di dalamnya seorang nabi yang sedang diuji Tuhan
Begitulah yang ingin diceritakan
Walau sifat api itu membakar
Dengan kuasa Tuhan, boleh dijadikan tidak membakar
Sebabnya Tuhan mahu menunjukkan yang Dia itu berkuasa
Itulah juga yang terjadi pada tsunami dahulu
Bilamana air bah besar tidak menjejaskan rumah-rumah Tuhan
Agar nampak pada manusia, itulah kehebatan Tuhan
Maha Besar Tuhan, berbagai peristiwa dan kejadian ciptaanNya
Dijadikan untuk kita pelajari dan ambil peringatan
Moga-moga kita menjadi hamba yang cinta dan takutkan Tuhan.
Tuesday, April 6, 2010
ILMU TENAGA ROHANIAH ( ILMU GERAK LAKSAMANA )
PUSAT RAWATAN PANJI ALAM SDN. BHD.
ILMU TENAGA ROHANIAH ( ILMU GERAK LAKSAMANA )
Ilmu Tenaga Rohaniah (Ilmu Syahadah) Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah ilmu warisan para Wali - Wali Allah, Ulama Silam & Datuk Laksamana Hang Tuah dari Nusantara Melayu dan Timur Tengah.
Ilmu ini mengatasi segala ilmu kebatinan dan ilmu mistik yang lain kerana asasnya adalah penggunaan dua kalimah syahadah & dijamin tiada sebarang unsur - unsur syirik yang melibatkan jin,syaitan,iblis dan sebagainya.
Apabila anda mempelajari Ilmu Tenaga Rohaniah, kepandaian bersilat dan ilmu kebatinan yang akan anda perolehi akan setaraf bahkan melebihi daripada mana - mana guru persilatan yang lain.350,000 orang murid dari dalam dan luar negara telah membuktikannya semenjak tahun 1993 hingga kini.
Apa itu Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu Tenaga Rohaniah Ialah warisan dari ulama ulama dan pendekar pendekar silam dan merupakan salah satu dari cabang ilmu yang dikatakan Ibu Gayong.
Apa yang bakal diperolehi dengan Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu ini adalah pakaian Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, jadi sudah tentu ia merupakan ilmu beladiri, tetapi lebih dari itu sebenarnya Ilmu Tenaga Rohaniah sebenarnya lebih dari itu, dengan mengamalkan ilmu ini anda mampu:-
- Bersilat dengan kemas cantik dan sempurna dalam keadaan yang sedar dan waras .
- Memukul musuh dari jarak jauh
- Mengunci pergerakan musuh
- Menepis gangguan makhluk halus dan sihir
- Tahan tetakan senjata tajam
Itu hanya dari aspek bela diri dan mistik, tetapi bagaimana dengan kehidupan sebenar?
- Hilangkan stress dengan meditasi dan zikir yang terdapat dalam amalan Ilmu Tenaga Rohaniah
- Memecah kebuntuan idea , menyelesaikan masalah yang rumit.
- Melakukan sesuatu yang tidak pernah dipelajari seperti membaiki kereta dan lain lain bila keadaan mendesak.
Berikut pula manafaat kepada pelajar sekolah atau IPT
- Mampu mengingati pelajaran berganda ganda lebih baik dari sebelumnya.
- Mengulangkaji dengan lebih berkesan
- Yakin bila menghadapi peperiksaan
Lebih lama mengamalkan ilmu ini semakin banyak kelebihan yang dapat diperolehi. Yang lebih penting ialah ilmu Ilmu Tenaga rohaniah tidak hanya bermanafaat didunia tetapi juga di akhirat kerana amalan yang diamalkan ialah zikir zikir dan ayat ayat Al Quran yang pastinya di anugerahkan dengan balasan pahala
Betulkah seseorang itu boleh bersilat dalam masa 3 jam ?
Ya! Boleh, kami bersedia mengajar rahsianya.
2. Benarkah seni kebatinan dabus masih wujud ?
Ya! Masih wujud. Rahsianya ada pada kami.
3. Betulkah pendekar silat melayu tidak luka oleh senjata tajam?
Ya! Dengan izin Allah, rahsianya ada pada kami.
4. Bolehkah musuh ditolak atau di pukul dari jarak jauh?
Ya! Boleh. Jika rahsianya anda pelajari.
DALAM KURSUS INI ANDA AKAN DIAJAR
- Latihan rencah jarak jauh.
- Mengunci musuh jarak jauh.
- Mematikan sihir musuh jarak jauh.
- Merawat diri sendiri, keluarga & orang lain.
- Membentuk perisai tubuh agar tidak dilukai senjata tajam.
- Mampu bersilat dalam apa sahaja silat dengan sendiri tanpa diajar di dalam gelanggang.
- Membuat tubuh kuat dan menjadi sihat serta menghindarkan diri daripada segala penyakit.
- Menjadikan otak cergas sentiasa.
- Dan 1001 kelebihan lain (bergantung kepada niat anda).
19 tahun ke atas (RM 300)
ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI
PUSAT RAWATAN PANJI ALAM SDN. BHD.
ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI
Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan atau membuka Pusat Rawatan Alternatif.
Dalam kursus ini pintu tenaga pada tubuh peserta akan dibuka menurut cara kerohanian Islam.
Pelbagai faedah dapat dimanfaatkan dengan tenaga tersebut. Antara yang akan diajar:
- Mengurut zahir dan batin
- Anak degil, ilmu bersuami isteri
- Memagar rumah, diri dan keluarga
- Gelombang tenaga, aura, warna aura, herba & Al Quran
- Kaedah perubatan menggunakan aura, tenaga dalam & fadhilat ayat
- Kaedah merawat penyakit zahir dan batin
- Penggunaan aura dalam pelembut/pemanis/penarik
- Melihat orang yang jauh (telepathy/remote viewing)
- Mandi bunga/limau/buang tenaga negatif
- Pendinding diri, pengasih diri, pelindung diri
- Kaedah mengumpul energy/tenaga aura dan mengembangkannya
- A.K (Applied Kinesiology)
- Terkena sihir, saka, gangguan halus, resdung, luka dalam,barah
Sakit kronik dll
Adakah anda berminat menjadi seorang pengamal perubatan alternatif profesional dalam bidang perubatan menyeluruh menggunakan kaedah Tenaga Rohaniah dan Tenaga Alam (PUTRA) atau General Medical Spiritual and Universal Energy (GMsue) ?
Kami bersedia membantu merealisasikan impian anda .
Pusat Rawatan Panji Alam Sendirian Berhad (PRPASB) yang telah beroperasi sejak 1994 merupakan anak syarikat kepada Syarikat Gayong Maarifat group Sendirian Berhad (GMGoC) kini membuka peluang kepada seluruh warga Malaysia khususnya yang beragama islam yang ingin menceburkan diri dalam bidang perubatan alternatif.
Kami menyediakan kursus secara intensif bagi membimbing anda menjadi seorang pengamal perubatan alternatif yang berjaya.
Bidang perubatan alternatif kini mendapat sambutan yang tinggi kerana masyarakat sudah mula menyedari kelemahan bidang perubatan moden dalam menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan mereka.
Dengan kesedaran ini kami mengambil peluang untuk membuka lebih banyak cawangan Pusat Rawatan Panji Alam di seluruh Malaysia dan visi kami adalah untuk meneroka pasaran antarabangsa seperti Benua Asia, Timur Tengah serta negara Eropah.
Bidang perubatan alternatif sememangnya menjanjikan masa depan yang cerah dan pendapatan yang lumayan. Anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 5 angka bahkan lebih, asalkan anda mempunyai tekad yang kuat untuk berjaya.
Kursus Asas Perubatan
Yuran Kursus : RM 1300.00
Jangkasama Kursus : 1 hari
Sijil Kursus, Nota, Makan – minum disediakan oleh pihak penganjur.
Peperiksaan Perubatan Alternatif Peringkat Asas diadakan setiap 4 bulan sekali.
Kursus Perubatan Lanjutan
Yuran Kursus : RM 3500.00
Jangkasama Kursus : 2 hari
Sijil Kursus, Nota, Gambar Kenangan, Makan – minum, tempat tinggal (hotel 3 bintang), pengangkutan disediakan oleh penganjur.
Peperiksaan Perubatan Alternatif Peringkat Kursus Lanjutan diadakan setiap 6 bulan sekali.
Kursus Perubatan Peringkat Diploma Alternatif ( Program Jarak Jauh )
Yuran Kursus : RM6500.00
Jangkasama Kursus : 6 bulan ( kelas diadakan 2 minggu sekali )
Jangkamasa Praktikal : 6 bulan
Nota, Maklumat dan kursus disediakan oleh penganjur.
Peperiksaan Perubatan Peringkat Diploma Alternatif diadakan oleh penganjur setiap 6 bulan sekali.
Saturday, April 3, 2010
SQUAD PEMEGANG AMANAH DAULAT RAJA RAJA MELAYU
SKUAD ELIT DIRAJA PSSGMM & KELUARGA BESAR GAYONG MAARIFAT
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SILATURRAHIM 2010 ( PSSGMM )
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : RESTORAN NELAYAN, TASIK TITIWANGSA, K. LUMPUR
BAYARAN : MEJA VIP : RM 80.00 SEORANG
MEJA BUFFET : RM 50.00 SEORANG
TARIKH TUTUP TEMPAHAN : 7 MEI 2010
SILA HUBUNGI : 019 - 614 5813 DATUK BIJAYA
012 - 745 4808 DATUK PANGLIMA RAHMAT
014 - 590 7927 UST. IBRAHIM ( PRESIDEN )
019 - 909 8797 YUSRIN ( SETIAUSAHA AGUNG )
017 - 632 6724 QAHHAR ( BENDAHARI )
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA
Friday, April 2, 2010
HOW CAN YOU CHANGE YOUR LIFE?
Did you know that you can change your life with just $ 300.
This is not multi-level advertising business. Have you ever felt your life
is very unfortunate? Failed in business, failed in relationship and romance,
failed in marriage, divorce, always in the wrong place at the wrong time,
people envied your achievements, not getting attention from employers,
dismissed, low wages, deteriorating health conditions, always get sick,
uncertain mind, having cancer, not satisfied in sex life.
If your answer is yes to one or all of the above questions, you need our help
immediately.
How can we help you?
We will provide you with a knowledge that you can use throughout your life
and a sustainable basis. Knowledge is inherited from a commander of the war
in Malaysia (formerly known as Malaya) since year 1915 .
This knowledge and the practice still exists and passed down through
generations and nowadays practices by 350,000 martial arts student of (
Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia - PSSGMM) an association of
Malay Martial Arts, well known in Southeast Asia. Knowledge is known as Ilmu
Tenaga Rohaniah (Supernatural Spiritual Energy).
Ilmu Tenaga Rohaniah (Supernatural Spiritual Energy) has 1001 uses that you
can prove it to yourself. Ilmu Tenaga Rohaniah (Supernatural Spiritual
Energy) not only can be used as weapons to defend yourselves in a desperate
situation but it can definitely solve all your problems.
Among the benefit of learning Ilmu Tenaga Rohaniah (Supernatural Spiritual
Energy):
1. You can perfom any martial art in just 3 hours after learning Ilmu Tenaga
Rohaniah (Supernatural Spiritual Energy). Judo?Taekwondo? Kalari Payat?
anything!! just name it..you'll be in action better than any Martial Arts
Guru. (Please note that you are not allowed to teach any one martial art
unless you get permission from Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri)
2.Sense danger i.e: accident,robbery etc.. before its even happens to you.
3.Self healing.You can be your own DOCTOR. Heal yourself,your family and
everyone around you that needs your help.
4.Improve your career, attract customer,business prospect, attract MONEY to
your pocket!!
There's no use for me to talk so much .The most important thing is PROOF!! am
i right??
Maybe you have heard about programs like this out there. We guarantee that you
will not be disappointed because this is not a program based on pseudo-
psychological and subconcious mind alteration et cetera.
Ilmu Tenaga Rohaniah (Supernatural Spiritual Energy) can be learned by phone or attending the 3 hour course at :
Gayong Maarifat Group Sdn. Bhd.
No. 49, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves,
61800 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
KOPERASI GAYONG MAARIFAT MALAYSIA BERHAD
Koperasi Ma'arifah ( Koperasi Gayong Maarifat Malaysia Berhad )
PENGENALAN
Di atas kesedaran perlunya menjalankan prinsip kerjasama yang
disarankan oleh Al-Quran - "Dan tolong menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong
dalam berbuat dosa dan permusuhan" (Al-Maidah:2)
Koperasi Gayong Ma’arifat Malaysia Berhad @ Koperasi Ma’arifah mengajak umat Islam di Malaysiakhasnya ahli-ahli Persatuan Seni Silat Gayong
Ma’arifat Malaysia, untuk turut serta memberikan sumbanganmelalui wadah Koperasi bagi menjayakan visi dan misi ke arah penghayatan sistem kewangan dan perniagaan Islam yang di berkati.
Koperasi Gayong Ma’arifah Malaysia Berhad @ Koperasi Ma’arifah
di tubuhkan pada awal tahun 2006, diilham oleh pengasas Persatuan Seni
Silat Gayong Ma’arifat Malaysia sendiri iaitu Guru Utamanya, YTM
(TKS) Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, setelah YTM sedar perlunya
ada sebuah badan untuk menyalurkan sumber ekonomi yang konsisten
serta dari sumber yang pelbagai kepada ahli-ahlinya (Persatuan &
Koperasi).
KEISTIMEWAAN MENJADI ANGGOTA
- Membangun dan menegakkan sistem ekonomi (muamalat) Islam adalah
tanggungjawab semua orang Islam lelaki dan perempuan
- Membangun ekonomi ummah adalah lebih berkesan dan menjamin
kejayaan jika melalui jemaah dan prinsip kerjasama (taa'wun)
- Dapat mengelakkan ahli dan orang Islam dari terus terlibat atau
bersyubahat dalam amalan riba'.
- Dapat menyalurkan sumbangan wang dan harta daripada ahli dan
orang Islam untuk kegunaan pada jalan Allah dan kemaslahatan ummah
- Dapat membantu saudara-saudara Islam yang memerlukan pertolongan
dan pembelaan.
- Mencarum seringgit sehari dalam koperasi akan menjadi batu asas
kepada pembangunan ekonomi ummah dan meluaskan bidang
urusniaga yang halal.
SYARAT - SYARAT KEANGGOTAAN
Keanggotaan Koperasi Ma’arifah atau Koperasi Gayong Maarifat Malaysia
adalah dibuka kepada semua orang Islam :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas
- Keutamaan kepada ahli Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia
Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu (bukan daripada ahli Persatuan Seni Silat
Gayong Ma’arifat Malaysia).
DOKUMEN & FEE PENDAFTARAN MENJADI ANGGOTA
- Untuk menjadi anggota Koperasi Gayong Ma’arifat Malaysia Berhad
sila isi borang Pendaftaran dan hantarkannya ke Pejabat Koperasi
- Pusat bersama-sama dokumen tersebut
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Slip Gaji Terakhir
Bayaran Fee Masuk sebanyak RM25.00 sahaja (Wang Pos/Cek Berpalang
atas nama KOPERASI GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA BERHAD,
pihak koperasi tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan pembayaran
dengan wang tunai).
Pusat Pentadbiran atau Pejabat Urusan Koperasi Ma’arifah @ Koperasi
Gayong Ma’arifat Malaysia berhad
Koperasi Ma’arifah
Koperasi Gayong Ma’arifat Malaysia Berhad
49, Jalan SM3,
Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.