Wednesday, March 31, 2010

KERJA KOSONG

Bagi sesiapa yg tgh mencari pekerjaan.. Hubungi sy untuk kerja kosong:

-Bertanggungjawab terhadap kerja

-Minima Diploma dalam apa-apa bidang

-Komited terhadap kerja

-Menepati masa

-Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia

-Fasih berbahasa Malaysia

-Terbuka untuk orang Muslim sahaja

-Gaji RM1000++ hingga RM2000++ Dijamin halal...

NO TEL : 019-3013693 / 017-6324679

Tuesday, March 30, 2010

ILMU WARISAN

Ilmu yang kami warisi ini adalah warisan Ilmu daripada wali /pendekar zaman silam dari Tanah Melayu,Sumatera dan Jawa Tengah.Jika Datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman,Panglima Mat Salleh boleh hebat dalam pertempuran kerana ilmu masing masing kenapa tidak kita?
Mereka insan kita juga insan dari kejadian yang sama, yang penting belajar rahsianya,tahulah kita.Jangan merasa dengki atau hairan, kalau orang lain boleh bersilat secara tiba tiba dan memiliki berbagai kelebihan dalam alam kependekaran.Jangan suka menuduh ,mengata orang tak betul,Cermin diri dulu secara mendalam Tengok kerangka anda besar atau kecil,tahu dimana anda dan apa cara kesudahan hidup anda nanti! Baiki diri sendiri baru baiki orang lain.Wallahualam........
Tujuan kami hanyalah untuk mendidik anak bangsa supaya mengenali,mengamalkan Ilmu dan rahsia pendekar tua ..Kami tidak handal dan yang hebat cuma Allah S.W.T.Kami mengamalkam ilmu TAUHID & bertawakal kepada Allah S.W.T. berusaha dengan ilmu kependekaran Melayu untuk menyelamatkan diri jika diceroboh atau diserang.Ilmu kami tidak guna tangkal ,jin dan lain lain benda tahyul yang menyesatkan.Tidak percaya,silalah datang berjumpa kami untuk dibuktikan segala apa yang diperkatakan.Kalau Nurul Syuhada pengacara Majalah 3 boleh berjumpa kami di Kelantan dengan sekali call sahaja,apatah lagi anda...!
Sebagai Pendekar Melayu yang bermaruah tidak sekali-kali bermain dengan kata kata atau tulisan,apa yang dikata itulah yang dikota.Sebagai pendekar Melayu kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar,takut kerana salah,dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.Taat kepada Allah S.W.T dan Rasul,Raja serta tunduk kepada pemerintah.Adat bersendikan syarak kami hayati,Itulah tatacara hidup kami pendekar Melayu
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA

PENGASAS PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA

PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA DIBAWAH NAUNGAN DIRAJA YTM TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
Ilmu Tenaga Rohaniah adalah gabungan daripada beberapa keilmuan seperti Ilmu Kerohanian, Ilmu Tenaga Dalaman, Ilmu Tenaga Minda dan beberapa keilmuan lain. Ilmu Tenaga Rohaniah yang diamalkan dan diajarkan oleh Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah warisan amalan - amalan darpada para ulama, an

GURU UTAMA YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM .TKS. DATOK DR AZAM AL QADIRY

GURU UTAMA YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALM .TKS. DATOK DR AZAM  AL QADIRY

TITISAN BERDAULAT YANG DIPERTUAN SAKTI TUANKU SULTAN RAJA ALAM BAGAGARSYAH JOHAN BERDAULAT

TITISAN BERDAULAT  YANG DIPERTUAN SAKTI  TUANKU  SULTAN RAJA  ALAM BAGAGARSYAH JOHAN BERDAULAT

KHALIFAH PERANG YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM WARISAN BERDAULAT Raja Alam Minangkabau terakhir


Sunday, March 28, 2010

CARA BUAT DUIT

SMS 1176 melahirkan 1,000 Usahawan

Berjaya 2010

Bukan mustahil dan bukan perkara pelik hanya melalui Ilmu Tenaga Rohaniah anda boleh dapat "Duit Cara Mudah" .. Bagaimana?? Dimana ?? Tanyalah Kami..

Sertailah program "SAUDARA MENCARI SAUDARA" atau SMS1176 anjuran syarikat Gayong Maarifat Group Sdn. Bhd.

Dengan modal permulaan RM 300 dan RM 59 setiap bulan, anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya dengan memperolehi pendapatan RM 800, RM 1000, RM 35,000 setiap bulan.


duit
Program ini mudah disertai oleh mana-mana individu yang berminat dan bercita-cita untuk hidup senang, mewah dan gembira. SMS 1176 bukan MLM, bukan SKIM CEPAT TIPU, tidak PERLU JUAL BARANG, tiada URUSNIAGA DIBUAT ....

Jadi bagaimana anda boleh dapat duit dengan cara mudah ??

Hadirilah seminar PERCUMA yang kami adakan pada setiap hari Sabtu (10 pagi hingga 1 petang) dan pada hari Ahad (2 petang hingga 5 petang) di pejabat Gayong Maarifat Group. Bagi seminar di luar kawasan , sila hubungi kami :

Ibu Pejabat,
Gayong Maarifat Group of Companies,
No. 49, Jalan SM3,Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor,
Tel/Fax: +6 03 6184 2825

Apabila anda menyertai "SMS 1176" anda akan memperolehi

  1. Ilmu Tenaga Rohaniah No. 1di dunia / Ilmu Tenaga Minda & Tenaga Dalaman insyallah mampu membantu mewujudkan keluarga bahagia, berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, membetulkan dan memulihkan perniagaan dan banyak lagi rahsia yang dapat diselesaikan melalui Kursus Sehari Tenaga Rohaniah.
  2. Produk keluaran Gayong Maarifat Group iaitu Kopi Pra Campuran Le'Runa Cafe Max, Air Minuman Tenaga GMsue & Kamasutra Strong Oil.
  3. Pendapatan RM 800, RM 1000, RM 35,000 SETIAP BULAN SEUMUR HIDUP!! (tanpa perlu buat jualan) Bukan Skim Cepat Tipu, Bukan MLM.
  4. KAD KEAHLIAN SEUMUR HIDUP PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA.
  5. VIP PRIVILEGE CARD GAYONG MAARIFAT GROUP CLUB MEMBER, di mana pemegang kad ini akan mendapat keistimewaan dan potongan harga serta bonus pembelian bernilai 10% - 20% ketika berurusan di Rangkaian Pusat Perniagaan Gayong Maarifat Group of Companies.
  6. Khairat kematian bagi pemegang kad ini bernilai RM 250 - RM 500.
  7. Insurans Kemalangan Diri bernilai RM 5000 - RM 10,000.
  8. Buku Katalog atau Direktori tentang perkhidmatan Rangkaian Pusat Perniagaan Gayong Maarifat Group of Companies. Buku Katalog atau Direktori akan dikirim melalui pos setiap 3 bulan sekali.
  9. Peluang perniagaan yang lumayan akan anda nikmati sekiranya anda berminat.
Siapa yang layak menyertai ??

Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar IPTA/IPTS, Suri Rumahtangga, Pekerja Swasta, Pekerja Kerajaan dll.

Syarat Penyertaan
  1. Yuran kursus sehari Ilmu Gerak Tenaga Rohaniah : RM300.00 (sekali seumur hidup).
  2. Berumur 15 tahun - 50 tahun
  3. Beragama Islam
  4. Lelaki @ Wanita
Kursus Anjuran bersama :
  • Dewan Perguruan & Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
  • Gayong Maarifat Group of Companies

Wakil Selangor & Kuala Lumpur : 017-230 2140 / 03 - 6184 2825
Wakil Perak : 017- 507 2026 / 017 - 565 9233
Wakil P.Pinang : 014 - 211 4408 / 019 - 945 3479
Wakil Kedah : 012 - 410 6979 / 016 - 414 1955 / 012 - 569 6402
Wakil N.Sembilan : 019 - 322 7397 / 019 - 697 6790
Wakil Melaka : 019-3013693 / 017-6234679
Wakil Johor : 012 - 745 5808 / 013 - 449 5836
Wakil Sabah : 019 - 371 0626 / 017 - 257 1123
Wakil Pahang : 012 - 950 9258 / 012 - 239 1730
Wakil Terengganu : 012 - 950 9258 / 012 -239 1730
Wakil Kelantan : 013 - 968 3786 / 017 - 989 9717

HULUBALANG MELAYU


MENCARI HULUBALANG MELAYU TERAKHIR
Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

Kisah yang terdengar terlalu hebat!
Berjuang mereka tanpa erti mengenal penat...

Bagai di kata;

KALAU ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
NYAWA DAN BADAN HAMBA SERAHKAN

Mereka berjuang bermati-matian;

BERPUTIH TULANG HARAM BERPUTIH MATA

Hanya mereka ini lah....

DICAMPAK KE DARAT MENJADI GUNUNG
DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU

Namun apa pun bicara kita....
Merekalah...merekalah.... sahaja......
Sehinggakan kita masih dapat bertapak dan berpijak di bumi ini
Yang telah di kurniakan tuhan YA RABBI
Tuhan tujuh petala langit, Tuhan tujuh petala bumi
kepada bangsa kita, anak-anak Melayu, Bani JAWI.

Ini sajalah sebidang tanah yang tinggal.....
Yang harus kita pertahankan kekal!!!

Tanah ini yang kita pijak milik kita
Jangan sesekali kita lupa
Ini tanah bergelar Tanah Melayu
Hak miliknya ALLah yang tentu

Tapi... Mana mereka-mereka sekarang ini?
Sedang kala anak Melayu lemah dan mangli

Takut nanti bumi yang semakin tergadai
tak terbus oleh anak-cucu yang lalai

Maka terjual semenanjung tanah ini
merempat kita di bumi kita sendiri

dan sekiranya kita di halau pergi!!
Kemana hala kita...?
Tanah Besar Cina?
Negeri India? Korea? Jepun? atau
Tanah Arab?

Jangan kita mengharap.....

memohon akan simpati?
atas kelemahan untuk sedarkan diri!!!

Mana?

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?



PROGRAM SAUDARA MENCARI SAUDARA

SILA LAYARI LAMAN WEB DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI SECARA LANJUT TENTANG PROGRAM SAUDARA MENCARI SAUDARA

http://www.gayongmaarifatgroup.com/sms1176/sms1176.htm

PUSAT RAWATAN PANJI ALAM SDN BHD

PENGENALAN

Pusat Rawatan Panji Alam Sendirian Berhad (PRPASB)
merupakan salah sebuah pusat
rawatan alternatif yang menawarkan
perkhidmatannya kepada semua kaum
tanpa mengira bangsa atau agama. PRPASB adalah salah sebuah pusat rawatan alternatif yang terkenal di
Ibukota Kuala Lumpur dan Lembah Klang.Kemudahan yang terdapat di PRPASB sangat selesa, nyaman dengan kemudahan alat pendingin udara 24 jam, layan yang ramah,
mesra dan berkualiti.

Walaupun anda orang biasa tetapi layanan taraf VIP disediakan untuk anda. Kaedah rawatan yang disediakan di sini adalah seperti berikut ; Rawatan Aura / Gelombang / Syifa / Tenaga Rohaniah untuk masalah penyakit biasa / penyakit berat dan gangguan makhluk halus ( jin ). Rawatan Urutan untuk penyakit angin, saraf, kemalangan, tenaga lelaki / wanita (sex), lumpuh dan lain - lain. Rawatan Bekam Lintah adalah untuk membuang darah beku, darah berpenyakit, darah kotor, saraf tersumbat dan lain - lain.

Ubat - ubatan yang digunakan di PRPASB adalah dalam bentuk herba dan air tenaga yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. JENIS RAWATAN / PERMASALAHAN - Penyakit biasa pada tubuh.

- Penyakit kronik pada tubuh.
- Penyakit gangguan rohani @ jin.
- Masalah saraf.
- Wanita lepas bersalin.
- Masalah putus cinta / rumahtangga / pasangan curang / poligami
dan lain - lain.
- Masalah perniagaan / kehidupan.
- Pengisian susuk ayat dan pembukaan pintu Tenaga Rohaniah.

PANDU ARAH


LOKASI PUSAT RAWATAN PANJI ALAM SDN BHD. Taman Sunway Batu Caves, Selangor. PRPASB terletak di sebelah depan pasaraya GIANT, Batu Caves.Jika anda datang dari Jalan Kuching, Taman Sunway Batu Caves terletak di sebelah kiri selepas stesen minyak Petronas Batu Caves.

Jika anda datang dari Sri Gombak atau Greenwood serta Lebuhraya Karak, Taman Sunway Batu Caves terletak di sebelah kanan, anda perlu membuat pusingan U apabila sampai di simpang empat berhadapan stesen minyak Esso & Shell, berpatah balik menghala ke Greenwood .

Dari simpang pusingan U, berjarak lebih kurang 20 meter anda akan melihat Restoran Zameer yang terletak di sebelah kiri. Sila masuk ke simpang tersebut dan terus ke Restoran Labu Labi dan masuk ke simpang kanan, bergerak terus ke hadapan anda akan dapati Hospital Bersalin, PRPASB terletak selang empat lot kedai daripada hospital tersebut.

Alamat :- Pusat Rawatan Panji Alam Sdn. Bhd.
No. 49 , Jalan SM 3, Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor.

peta

GAYONG MAARIFAT GROUP OF COMPANIES

PENGENALAN

Gayong Maarifat Group of Companies merupakan gabungan kumpulan anak syarikat Gayong Maarifat. Syarikat - syarikat tersebut adalah Pusat Rawatan Panji Alam Sendirian Berhad ( PRPASB ) dan GMsue Resources Network Sendirian Berhad ( GMsue ) dan 10 syarikat lain yang masih dalam proses penubuhan.

Matlamat utamanya adalah untuk membangunkan ekonomi kaum bumiputera khususnya masyarakat Islam di Malaysia sambil menerapkan keyakinan dalam diri setiap individu supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan berdaya dengan bangsa - bangsa lain di Malaysia dan di peringkat global.

Adalah menjadi keutamaan bagi Gayong Maarifat Group of Companies ( GMGoC ) untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W melaui cara memperjuangkan ekonomi Islam.

  • GMsue Resources Healthcare Sdn. Bhd. - Pusat penjagaan kesihatan bagi warga tua, Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu yang menghidap penyakit kronik yang memerlukan rawatan intensif seperti penyakit Diabetis, HIV dan sebagainya.
  • GMsue Resources Laboratories & Pharmacuetical Sdn. Bhd. - Makmal kajian bagi tujuan menghasilkan produk - produk perubatan berasaskan herba & kaedah perubatan tradisional bagi memenuhi keperluan domestik dan pasaran antarabangsa.
  • GMsue Resources Transport Sdn. Bhd. - Syarikat pengangkutan yang menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih selesa berbanding sistem pengangkutan awam konvensional.
  • GMsue Resources Entertainment & Production Sdn. Bhd. - Melatih individu - individu yang berbakat menjadi penghibur dalam industri nasyid dan hiburan lain yang lebih berbentuk Islamik.
  • GMsue Resources Travel Agency Sdn. Bhd. - Menyediakan kemudahan kursus dan pengurusan jemaah haji & umrah ke Mekah dan Madinah serta lawatan ke negara - negara Islam.
  • GMsue Resources Bina Sdn. Bhd. - Terlibat dalam projek - projek pembinaan bangunan, lebuhraya di dalam dan luar negara.
  • GMsue Resources Network Sdn. Bhd. - Memasarkan produk - produk yang dihasilkan oleh syarikat - syarikat yang bernaung di bawah Gayong Maarifat Group of Companies.
  • Rangkaian Pusat Rawatan Panji Alam - Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan terapi melalui kaedah rawatan tradisional Islam bagi semua golongan masyarakat dan agama di Malaysia mahu pun luar negara.
  • GMsue Resources Manufacturing Sdn. Bhd. - Menjalankan aktiviti pengilangan produk alat ganti kenderaan, pemasangan kenderaan serta produk elektrik dan elektronik.
  • GMsue Resources Ternak & Tani Sdn. Bhd. - Menghasilkan produk berasaskan pertanian bagi menampung keperluan sumber makanan negara yang semakin meningkat.
  • Rangkaian GM 25 Hour Shop - Sebuah kedai serbaneka 24 jam yang bertujuan memasarkan produk makanan halal dan produk dari syarikat muslim yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
  • GMsue Resources Pharmacy Sdn. Bhd. - Memasarkan produk kesihatan yang dihasilkan oleh GMsue Resources Laboratories Sdn. Bhd.

UNIFORM PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA

T-Shirt PSSGMM Wilayah Timur


Anda adalah ahli PSSGMM? Anda mesti dapatkannya!!


logo di belakang t-shirt


Design yang menarik yang telah direka oleh pakar designer ahli PSSGMM juga! SYABAS!
Jenis kain Cotton 100%
Warna Hitam
Harga RM28 (tidak termasuk bayaran perkhidmatan pos laju)

UNIFORM PSSGMM


Dapatkan uniform rasmi PSSGMM (termasuk tanjak ) dengan harga yang berpatutan.

Terdapat 2 jenis fabrik;

Kain tebal RM100
Kain biasa RM65



PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA

Kursus ILMU TENAGA ROHANIAH
ILMU WARISAN DATUK LAKSAMANA HANG TUAH & SESEPUH HULUBALANG MELAYU

Di dalam kursus ini anda akan diajar bagaimana menggunakan gerak diri untuk Bersilat, Perubatan dan di bawa di dalam kehidupan harian. Ketahui rahsia anda sendiri dengan hanya memerlukan selama 3 jam untuk mengetahui bagaimana fungsi gerak diri yang di aplikasikan oleh semua ahli-ahli Gayong Maarifat. Mempraktikkan Tenaga Dalam yang berkonsepkan kerohanian islam (Doa,zikir dan ayat suci Al-Quran)

Faedah Ilmu Gerak Tenaga Rohaniah
Selain daripada kebolehan bersilat anda akan mendapat banyak faedah yang boleh di gunakan di dalam kehidupan harian dengan menggunakan Gerak Tenaga Rohaniah ini
SEDIA DIBUKTIKAN!!!

1. Kebolehan Bersilat / teknik senjata secara automatik dalam keadaan sedar ( Kaedah Ibu Gayong )
2. Menghadirkan perisai / tidak di tembusi senjata tajam dan menguatkan badan
3. Membaca gerak musuh / mengunci dan melemahkan musuh
4. Benteng / perlindungan serangan musuh zahir dan batin angkara manusia,jin dan syaitan
5. Perubatan Kerohanian Islam / Menyelesaikan masalah di dalam kehidupan serta lain-lain lagi

HUBUNGI SEGERA TALIAN BERIKUT UNTUK PERTANYAAN / PENYERTAAN

019-3013693/017-6234679

* YURAN HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP *
Di jamin Bersih Serta Menuruti Syariat Islam

Silat Gayong Maarifat

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM)merupakan salah satu persatuan seni Silat Gayong di Malaysia.

PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah. Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.

Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.

Sejarah


PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM

Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.

Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.

PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

Pelajaran


Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.

Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:

  1. Buah Pukul Minang
  2. Sendeng Dua Beradik
  3. Terlak Sumatera
  4. Cekak Minang
  5. Harimau Minang
  6. Panglima
  7. Laksamana

Kesemua pelajaran ini telah disusun dalam bentuk kurikulum pelajaran yang kemas dan setiap pelajar perlu mengikuti ujian kenaikan bengkung bagi menentukan kelayakan setiap pelajar.

Tahap bengkung


Tahap bengkung dalam PSSGMM terbahagi kepada 3 tahap iaitu :-

1. Cindai Kuning. a) Cindai Kuning Pelangi Biru Satu b) Cindai Kuning Pelangi Biru Dua c) Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

2. Cindai Merah a) Cindai Merah Pelangi Hijau Satu b) Cindai Merah Pelangi Hijau Dua c) Cindai Merah Pelangi Hijau Tiga

3. Cindai Hijau a) Cindai Hijau Pelangi Kuning Satu b) Cindai Hijau Pelangi Kuning Dua c) Cindai Hijau Pelangi Kuning Tiga

Setiap tahap bengkung dalam pembelajaran PSSGMM memakan masa 3 bulan untuk sampai ke tahap kemahiran.

Pihak PSSGMM bercadang untuk memperkenalkan tahap cindai kuning kepada pelajar sekolah kerana ia mudah dipelajari, boleh digunakan dalam pertandingan silat olahraga dan pertunjukan sebagai ilmu bela diri.

Disamping sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Cindai Kuning Pelangi Biru Satu

  • Matapelajaran di gelanggang
    • Senaman Tua
    • Pernafasan 5
    • Pelebat Sendeng Terlak
    • Tubi 9
    • Taji 7
    • Pecah Pukul 7
    • Golek Anak Harimau
  • Majlis Mandi Adat Penerimaan Murid
    • Limau nipis 2 biji + limau purut 1 biji
    • Belanja kenduri pelajar : RM 85

Tujuan mandi adat ini diadakan adalah untuk memasukkan doa keselamatan, pagar diri ke dalam limau bagi ,melindungi murid-murid Gayong Ma’arifat dari kecelekaan dan sihir.

3. Majlis Adat Pengijazahan & Pembukaan Tenaga Minda a) Doa selamat b) Ucapan pengenalan tenaga minda oleh Guru Utama c) Pembukaan pintu tenaga minda oleh Guru Utama (majlis dibuat secara tertutup) d) Kenduri doa selamat untuk meraikan murid-murid Gayong Ma’arifat, tetamu, ibubapa, murid-murid GM. (majlis dibuat secara terbuka. e) Pertunjukan silat oleh gelanggang GM berkenaan & gelanggang GM jemputan.

Permainan Langkah Laksamana

  1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x
  2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x
  3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

• Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata sebenar & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju • Disamping itu, anda akan diajar dengan petua senjata

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

Ujian kemahiran kenaikan bengkung

• Matapelajaran cindai kuning pelangi biru satu (Fizikal & tenaga) • Tempur 1 lawan 1 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Dua


1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat Gembur Harimau b) Asas 9 Gayong semilar sakti c) Pecah pukul 9 d) Pecah pukul 11 e) Tangkisan serangan > Bawah : Kaki / Sisi Tengah : Sendeng Atas : Siku / Sendeng

f) Petua membaca gerak musuh (pandang antara bahu & tengah tubuh

g) Rencah : Asas (Pelebat, Tubi, Taji, Pecah pukul) • Pukul / elak / pukul • Sederhana laju (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x

2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x

3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata betul & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju.

3. Rencah : Kemahiran Tempur - Gabungan seluruh pelajaran pelangi satu & dua yang direncahkan dalam pertempuran secara laju. Waktu pertempuran, pesilat dikehendaki menggunakan petua & akal & diselangi dengan permainan gerak langkah laksamana secara berselang-seli. Tujuan latihan ini, untuk melatih pesilat, boleh bersilat dalam keadaan biasa atau menggunakan tenaga minda. - Gunakan sarung tangan

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG

Matapelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru Dua(Fizikal & Langkah Laksamana) - Tempur satu lawan 2 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga


1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat gempur tuah b) Pecah pukul 13 c) Rahsia langkah 1, 2, 3, 4. d) Rahsia sasaran pukulan : - Pangkal telinga 100% - Dahi 60% - Hidung 60% - Dagu 50% - Halkum 90% - Ulu Hati 80% - Penyawa 100% - Rusuk 60% - Bawah Ketiak 60% - Sendi-sendi tubuh 80%

e) Kincir tangan : - Buang - Buang pukul

f) Kincir siku - Buang - Buang pukul

g) Tempur rencah ( kemahiran 2 ) (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

a) Latihan silat tangan kosong : Pukul / elak / pukul / tangkap 21x b) Latihan silat senjata keris : Tikam / elak / tikam / tangkap 21x c) Latihan silat senjata parang : Tetak / elak / tetak / tangkap 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG - Matapelajaran CIndai Kuning Pelangi Biru Tiga (Fizikal & Langkah ) - Tempur 1 lawan 3 serta kreativiti permainan individu

Tujuan dan matlamat


Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:

  1. Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
  2. Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
  3. Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
  4. Menanam sifat berdikari, kefahaman mental & kecergasan diri
  5. Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
  6. Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.
 

Design by Amanda @ Blogger Buster